Tempatan Utama

Keputusan SPM Sabah 2025 Meningkat, Prestasi Semakin Baik

 

KOTA KINABALU: Seramai 34,737 pelajar di Sabah layak menerima sijil dalam peperiksaan SPM 2025, iaitu 95.60 peratus, meningkat berbanding 32,501 pelajar (94.68 peratus) pada tahun 2024.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin berkata, peningkatan itu melibatkan 2,236 pelajar atau 0.92 peratus, sekali gus menunjukkan prestasi pendidikan negeri yang semakin baik.

Menurutnya, pencapaian calon berkeperluan pendidikan khas turut meningkat apabila 137 daripada 182 calon layak menerima sijil, berbanding 131 orang pada tahun sebelumnya.

Selain itu, seramai 6,150 pelajar (16.61 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam semua mata pelajaran, manakala 14,533 pelajar (39.24 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua subjek.

 

Sumber SinarHarian

Leave feedback about this

  • Rating