
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja yang terlibat dalam kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Dalam kenyataan hari ini, AGC menegaskan bahawa pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan buli, dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
“AGC merujuk kenyataan media peguam lantikan ibu arwah, Noraida Lamat, bertarikh 19 Ogos, berhubung permohonan penangguhan pendakwaan serta cadangan supaya pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
“Namun, kenyataan peguam di perenggan 4 media tersebut adalah bersifat spekulatif dan tidak disokong dengan fakta yang tepat,” jelas kenyataan itu.
AGC menambah bahawa keputusan mengekalkan pertuduhan sedia ada dibuat berdasarkan bukti dan fakta hasil siasatan polis.
“Dalam masa sama, prosiding inkues tetap perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina,” katanya.


Leave feedback about this