Tempatan Utama

‘Shopping Raya’ sempena jelajah Iftar 2025 ke-4 di Sepanggar

KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah telah menganjurkan Program Shopping Raya sempena Jelajah Iftar 2025, dengan Sepanggar sebagai destinasi ke-4, semalam.

Seramai 50 kanak-kanak dari kawasan Sepanggar dibawa membeli pakaian Raya di Servay Hypermarket Likas, bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setiap kanak-kanak menerima RM200 untuk membeli baju dan kasut raya. Program ini bertujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan serta membawa keriangan kepada kanak-kanak menjelang perayaan.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu golongan yang memerlukan.

Dexter juga membawa anak perempuan beliau, Elizabeth, untuk merasai pengalaman itu.

Turut hadir ialah Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin Tang, Pemimpin Komuniti kawasan Sepanggar Datuk Mohd Razali Razi@Bob, Datuk Aziah Atoh, pemimpin masyarakat serta wakil KTC dan UPPM.

Leave feedback about this

  • Rating