Tempatan Utama

Lelaki ditahan bantu siasatan rogol jiran bawah umur

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian merogol remaja bawah umur yang juga jirannya di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas mangsa berumur 13 tahun membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati kejadian terbongkar selepas nenek mangsa menyedari cucunya dirogol dan dan semasa ditanya, cucunya mengaku dicabul oleh suspek sebanyak tiga kali selama dua bulan.

“Mangsa kemudiannya ditemani oleh penjaga ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, bertindak dengan laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau membuat serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 7.50 malam 15 Januari.

Katanya, dalam serbuan terbabit, polis berjaya menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

“Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau dan ditahan reman manakala kes akan disiasat mengikut Sekyen 376(1) Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012,” katanya.

Leave feedback about this

  • Rating