KOTA BELUD ( 21 Julai 2023) – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) telah menganjurkan Program Sembang Santai Bersama Belia di daerah Pitas, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud dan Tuaran.

Program ini disantuni oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah bersama pengurusan tertinggi KBSS. Dalam program ini, turut diselitkan Penyerahan Peralatan Sukan bagi setiap daerah yang terlibat.

Antara intipati utama program adalah memberi peluang kepada belia-belia di peringkat akar umbi untuk membincangkan isu, melontarkan idea dan pendapat serta langkah penyelesaian yang boleh secara bersama.


Program Sembang santai ini juga adalah insiatif Kementerian dalam usaha mewujudkan hubungan yang erat bersama komuniti disamping memupuk dan membentuk belia yang optimis, berdaya saing dan inovatif.
Program ini berjaya mengumpulkan seramai 5000 belia yang hadir secara bersemuka sepanjang dua hari program yang dilaksanakan meliputi 5 daerah iaitu Pitas, Kota marudu, Kudat, Kota belud dan tuaran.

Turut hadir dalam menyokong dan menjayakan program ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun Setiausaha Tetap KBSS, TSUT KBSS, Pemimpin-pemimpin setempat, pegawai-pegawai kanan kementerian, Jabatan, Agensi serta NGO yang turut serta.
“Belia Mandiri Berinovasi, Atlet Berani dan Berkeyakinan”



Leave feedback about this