
Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA MARUDU: Dua pelajar asrama lelaki dari sebuah sekolah di Pitas, yang kritikal disyaki keracunan metanol baru-baru ini, disahkan telah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Zairolnizal Ishak ketika dihubungi Sabah Media hari ini mengesahkan berita kematian kedua-dua pelajar berkenaan.
Beliau berkata, salah seorang pelajar yang kritikal sebelum ini akibat keracunan metanol telah disahkan meninggal dunia oleh Pakar Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu pada 14 Jun 2023 jam 4.08 petang.
“Sebab kematian juga telah diberikan oleh Pegawai Perubatan iaitu ‘Methanol poisoning with multi organ failure’.
“Manakala seorang lagi telah disahkan meninggal dunia oleh Pakar Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu pada 15 Jun 2023 jam 4.00 petang.
“Sebab kematian mangsa kedua berkenaan juga telah diberikan oleh Pegawai Perubatan iaitu ‘Severe Brain Injury (Cereal Toxicity) Secondary To Acute Mathanol Poisoning’,” jelasnya.
Menurut Zarolnizal, kedua-dua mangsa yang meninggal tidak perlu bedah siasat memandangkan sebab kematian telah diperolehi dan mangsa meninggal semasa menerima rawatan.
Katanya, kedua-dua kes diklasifikasi semula sebagai kes kematian mengejut (SDR).
Terdahulu pada 9 Jun lalu, portal Sabah


Leave feedback about this