Sabah First Info Blog Tempatan 500 Petugas Sabah Electricity Komited Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Pada Pagi Syawal
Tempatan Utama

500 Petugas Sabah Electricity Komited Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Pada Pagi Syawal

KOTA KINABALU: Seramai 500 petugas Sabah Electricity terus komited menjalankan tugas pada pagi Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan elektrik di seluruh negeri kekal stabil.

Petugas yang terdiri daripada jurutera, juruteknik serta kakitangan operasi digerakkan di pelbagai lokasi termasuk stesen janakuasa, pencawang dan pusat kawalan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, kesiapsiagaan operasi dipertingkatkan menerusi pemantauan 24 jam serta tindakan pantas bagi menangani sebarang gangguan bekalan.

Menurutnya, dedikasi petugas yang terus berkhidmat pada hari perayaan amat dihargai kerana mereka memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat dapat menyambut Syawal dengan selesa.
“Komitmen ini penting terutama ketika permintaan elektrik meningkat sepanjang musim perayaan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan elektrik dan menggunakan tenaga secara berhemah.

Untuk maklumat lanjut serta tip penjimatan elektrik, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Sabah Electricity.

 

Exit mobile version