Sabah First Info Blog Tempatan 400 Pelajar Sabah di Timur Tengah Dalam Keadaan Baik – Arifin
Tempatan Utama

400 Pelajar Sabah di Timur Tengah Dalam Keadaan Baik – Arifin

KOTA KINABALU: Lebih 400 pelajar Sabah yang sedang menuntut di Timur Tengah termasuk di Mesir, Jordan dan Arab Saudi dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Exco Agama Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majoriti pelajar Sabah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam pelbagai bidang seperti pengajian agama dan perubatan, manakala sebahagian kecil melanjutkan pengajian di Jordan serta Universiti Madinah, Arab Saudi.

Menurutnya, kebanyakan pelajar menerima tajaan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Yayasan Sabah, Kerajaan Negeri Sabah serta Tabung Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau berkata, pihaknya telah berhubung dengan pegawai Yayasan Sabah yang bertugas di Kaherah bagi mendapatkan perkembangan terkini dan setakat ini semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Arifin turut menasihatkan pelajar supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Amman dan Arab Saudi bagi memastikan keselamatan mereka terus dipantau susulan ketegangan di rantau Timur Tengah.

Exit mobile version