Sabah First Info Blog Tempatan 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗦𝗠𝗝- 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺
Tempatan

𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗦𝗠𝗝- 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺

Kota Kinabatangan : Pemimpin pembangunan masyarakat,Johainizam Haji Johari berkata UPPM Lamag akan terus membantu rakyat selari dengan Hala tuju SMJ dalam ucapan Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha UPPM N.58 Lamag 2023 kelmarin.

Majlis ini diadakan selain meraikan perayaan juga bertujuan bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Lamag disamping menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Seramai 785 asnaf terpilih telah mendapat sumbangan dan manfaat daripada program ini termasuk 5 individu yang dibantu oleh unit untuk mendapatkan bantuan kebajikan. Secara tepatnya, majlis telah meraikan beberapa sasaran khusus iaitu golongan asnaf (Ibu tunggal, Muslimah, Pelajar, Asnaf kampung) dan Pelajar cemerlang daripada SMK Bukit Garam 1 dan SMK Bukit Garam 2. Hal ini menjadikan jumlah penerima manfaat adalah sebanyak 790 orang secara keseluruhan.

Katanya, “Setelah sekian lama program sebegini tidak dianjurkan di Lamag, maka UPPM N.58 Lamag telah mengambil
inisiatif bagi mewujudkan ianya semula dan menjadi pemecah tembok diantara pemimpin tempatan dan masyarakat (karenah birokrasi) dalam segala hal berkaitan kebajikan masyarakat. Dengan adanya program sebegini, masyarakat akan mempunyai ruang dan peluang untuk bertemu dengan pemimpin tempatan seterusnya menyampaikan sebarang suara masyarakat”.

Nizam Juga Berkata, “Antara matlamat dan objektif lain majlis juga adalah bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat
berkenaan Pembangunan Hala Tuju SMJ, Menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan dan Mengeratkan hubungan sekaligus menghapuskan karenah birokrasi di antara pemimpin tempatan dan masyarakat setempat khususnya di dun Lamag”.

“Secara kesimpulannya, majlis bersama masyarakat Lamag ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan insyAllah akan menjadi antara program yang berimpak besar dan positif ke arah mengharmonikan hubungan di antara pemimpin tempatan dan masyarakat, membantu meringankan beban para golongan asnaf danmembantu masyarakat bergerak selari dengan dasar yang diketengahkan oleh kerajaan negeri Sabah iaitu Pembangunan Hala Tuju Pembangunan SMJ”. Katanya.

Turut Hadir ,Datuk Fairuz Renddan Pembantu menteri belia dan sukan dan juga Sebagai perasmi Majlis Rumah Terbuka Lamag.

Exit mobile version