Sabah First Info Blog Ekonomi Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Selepas Terlanggar Lubang di Jalan Pan Borneo Papar
Ekonomi

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Selepas Terlanggar Lubang di Jalan Pan Borneo Papar

PAPAR: Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan akibat melanggar lubang besar di KM23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar–Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Papar, Supt Heryan Mohd Tahir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Papar menuju ke Kota Kinabalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori tipper yang bergerak sehala sebelum motosikalnya melanggar lubang di jalan berkenaan.

“Semasa cubaan memotong, mangsa telah hilang kawalan motosikalnya selepas melanggar lubang di jalan, menyebabkan beliau terhumban ke bawah lori tersebut,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Siasatan awal polis mendapati keadaan jalan yang tidak rata serta kehadiran lubang besar di laluan berkenaan dipercayai menjadi faktor utama kemalangan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal, khususnya di kawasan jalan yang rosak atau tidak rata.

Exit mobile version