Sabah First Info Blog Ekonomi JIM Sabah Gempur Kota Kinabalu, 55 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi
Ekonomi

JIM Sabah Gempur Kota Kinabalu, 55 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah terus mempergiat operasi penguatkuasaan menerusi beberapa siri operasi di sekitar Kota Kinabalu, yang menyaksikan seramai 55 warga asing ditahan.

Dalam Ops Gegar, seramai 114 individu diperiksa dengan 22 warga Filipina ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, melibatkan 12 lelaki dan 10 wanita dewasa.

Bagi Ops Selera dan Ops Kutip pula, seramai 120 individu diperiksa dengan 11 warga Filipina ditahan, terdiri daripada dua lelaki dan sembilan wanita dewasa.

Sementara itu, Ops Sapu melibatkan pemeriksaan terhadap 49 individu dengan 22 tangkapan direkodkan, terdiri daripada dua lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa serta 13 kanak-kanak.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan ke atas 283 individu dengan jumlah tangkapan seramai 55 warga asing.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Pihak imigresen menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen.

Exit mobile version