
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Rabu, 11 Mac 2026.
Menurut MetMalaysia, amaran tahap buruk melibatkan daerah di Sabah iaitu Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan dalam tempoh berkenaan.
Sementara itu, amaran tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain termasuk Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak serta Ranau dan Lahad Datu di Sabah.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa susulan risiko banjir dan kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan. 🌧️
