Sabah First Info Blog Ekonomi Mengamuk Sampai Ugut Bakar Rumah Ibu, Lelaki Ditahan di Merotai!
Ekonomi

Mengamuk Sampai Ugut Bakar Rumah Ibu, Lelaki Ditahan di Merotai!

TAWAU — Seorang lelaki 25 tahun ditahan selepas mengamuk, memukul adiknya dan mengugut mahu membakar rumah ibunya di Kampung Langsat, Merotai Besar, semalam.

 

Polis yang bertindak atas laporan berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan merampas sebilah pisau sepanjang 28 sentimeter.

 

Suspek, yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version