
PAPAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan melecur di beberapa bahagian badan dalam kebakaran yang berlaku di Pekan Lama, Kimanis hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bayi lelaki dikenali sebagai Raid Syakif melecur di bahagian kepala dan kaki dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya rumah dua tingkat itu.
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (PGO) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.25 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dengan bantuan anggota dari BBP Papar dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dalam kejadian itu.
“Terdapat seorang bayi berusia empat bulan di bahagian kepala dan kaki dilaporkan oleh penyelia operasi.
