Tempatan Utama

Bantuan Tunai Diperluas, 140,000 Rakyat Sabah Terima Manfaat

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah akan meningkatkan jumlah penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) kepada 140,000 orang berbanding 100,000 ketika ini, bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, peningkatan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM339.16 juta, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, bantuan kewangan disalurkan secara berterusan dan bersasar, selari dengan program Persekutuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain bantuan tunai, kerajaan negeri turut menggalakkan program Kebun Dapur bagi membantu rakyat menghasilkan makanan sendiri dan mengurangkan perbelanjaan harian.

Bagi meringankan kos utiliti, kerajaan turut menyediakan rebat bil elektrik RM40 kepada isi rumah berdaftar eKasih, diskaun 10 peratus kepada institusi tertentu serta sektor pertanian dan perikanan.

Selain itu, diskaun 20 peratus melalui Off-Peak Tariff Rider (OPTR) terus ditawarkan kepada pengguna komersial dan industri voltan rendah bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

Sumber SabahNews

Leave feedback about this

  • Rating