
KOTA KINABALU: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 akan berlangsung dari 27 hingga 30 April ini.
Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya, berkata setakat ini pihaknya menerima empat rang undang-undang (RUU) untuk dibahaskan sepanjang persidangan berkenaan.
“Termasuk ucapan dasar oleh Musa Aman, jumlah keseluruhan perkara yang akan dibentangkan ialah lima.
“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUU yang mungkin akan dikemukakan,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Selasa.
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan undangan kepada Musa Aman bagi merasmikan persidangan berkenaan.
Persidangan DUN dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 30 April, manakala Istiadat Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 23 April ini.


Leave feedback about this