
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari rumah sewa keluarganya di Sinsuran.
Mangsa, Nurul Dahniah Balqis Abdullah, dipercayai keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali dan belum pulang sehingga kini.
Kali terakhir dia dilihat pada 23 Mac, sekitar jam 11.40 pagi di Kampung Lapasan, Telipok, Manggatal.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Inspektor Movendran di 018-5746310.


Leave feedback about this