Sabah First Info Blog Tempatan Gagasan Rakyat Sabah perkemas struktur, 25 Ketua Bahagian Penaja dilantik
Tempatan Utama

Gagasan Rakyat Sabah perkemas struktur, 25 Ketua Bahagian Penaja dilantik

25 Ketua Bahagian Penaja Gagasan Rakyat Sabah Dilantik

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengumumkan pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) bagi memperkukuh struktur organisasi parti di seluruh Sabah.

Pelantikan itu melibatkan bahagian di seluruh negeri, termasuk kawasan Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan.
Turut dilantik ialah Ketua Bahagian (Penaja) bagi Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Antara yang dilantik ialah Datu Farid Datu Liman bagi Kota Marudu, Mohd Faizul Hj Jufri (Kota Belud), Datuk Mohd Ghazali Hajiji (Tuaran), Abqaree Fawwaz Abekan (Sepanggar) dan Syahrul Safwan Najwan Faisyal (Kota Kinabalu).

Selain itu, Burhanuddin Yahya dilantik mengetuai Putatan, Lee Ka Lik (Penampang), Datuk Azrul Ibrahim (Papar), Agku Jamaludin Pg Mohd Yassin (Kimanis) dan Irfan Fajri Isnin (Beaufort).

Bagi kawasan Pantai Timur dan pedalaman, pelantikan turut melibatkan Agku Zaidi Pg Wahab (Sipitang), Mohd Sharin Mujin (Ranau), Mohd Fazhirul Fadli Samat (Keningau), Suffainder Sukimin (Tenom), Awangku Azuan Hj Hamzah (Pensiangan), Justinus Jalang (Beluran), Wafi Kasim (Libaran), Nizram Ahmad (Batu Sapi), Faris Fadilla Ag Kamarudin (Sandakan), Willy Frous Darinsok (Kinabatangan), Alif Afiandy Ali (Lahad Datu), Noorudin Abd Hussin (Semporna), Fandi Ahmat (Tawau) dan Mohd Al Amin Mohd Yasen (Kalabakan).

Dalam perkembangan sama, Gagasan Rakyat turut mengumumkan barisan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Beliawanis bagi bahagian masing-masing.

Antara Ketua Pergerakan Wanita yang dilantik ialah Datuk Redonah Bahanda bagi Kota Marudu, Sharifah Gundah (Kota Belud), Noorziah Mastan (Tuaran), Datuk Aziah Hj Atoh (Sepanggar), Hjh Salmi Sarinoh (Kota Kinabalu) dan Daliah Mohd Zain (Putatan).

Sementara itu, barisan Beliawanis turut menampilkan nama seperti Anney Ng (Kudat), Halijah Haris (Kota Marudu), Nabilah Perman (Kota Belud), Noorazmahirah Hj Noorzain (Tuaran), Belsheera Elison (Sepanggar), Emmie Datuk Martin Idang (Kota Kinabalu) dan Nur Aqilah Safar (Putatan).

Gagasan Rakyat turut merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua 25 Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik.

Parti itu berharap barisan kepimpinan baharu berkenaan dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, komitmen dan semangat berpasukan, demi kepentingan parti serta rakyat Sabah.

Pelantikan tersebut dilihat menjadi langkah penting dalam memperkukuh jentera dan gerak kerja Gagasan Rakyat di peringkat bahagian menjelang perkembangan politik negeri yang semakin mendapat perhatian.

Exit mobile version