Sabah First Info Blog Tempatan Tukang Urut Cabul Pelanggan, Dipenjara 20 Bulan dan Dua Sebatan
Tempatan Utama

Tukang Urut Cabul Pelanggan, Dipenjara 20 Bulan dan Dua Sebatan

KOTA KINABALU: Seorang tukang urut Lelaki 31Tahun dihukum penjara 20 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencabul seorang pelanggan lelaki ketika memberikan perkhidmatan urut.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Marilyn Kelvin, dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah pusat urut dan refleksologi di sebuah pusat beli-belah, kira-kira jam 1.30 petang pada 21 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman tersebut.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang mendapatkan perkhidmatan urut mendakwa tertuduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya.

Mangsa kemudian menegur perbuatan itu, namun teguran tidak diendahkan sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan, manakala pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan.

Exit mobile version