Sabah First Info Blog Tempatan Bangkai Gajah Ditemukan Penduduk di Sungai Kinabatangan
Tempatan Utama

Bangkai Gajah Ditemukan Penduduk di Sungai Kinabatangan

BANGKAI GAJAH DITEMUKAN HANYUT DI SUNGAI KINABATANGAN

KINABATANGAN: Bangkai seekor gajah ditemukan hanyut di Sungai Kinabatangan selepas dipercayai dibawa arus dari kawasan Lot 5 menuju Sukau, semalam.

Bangkai haiwan berkenaan ditemukan penduduk kira-kira jam 4.30 petang sebelum maklumat disalurkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pihaknya mengesyaki bangkai berkenaan adalah gajah yang dilaporkan sakit beberapa minggu lalu.

Katanya, JHL sebelum ini menerima maklumat secara tidak rasmi mengenai seekor gajah yang sakit, namun tindakan lanjut tidak dapat dilakukan kerana tidak dapat dipastikan kepada pihak mana aduan berkenaan disalurkan.

“Bangkai ini disyaki adalah gajah yang dilaporkan sakit beberapa minggu lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Soffian berkata, pihaknya hanya dapat mengesahkan keadaan bangkai serta mendapatkan maklumat lanjut selepas anggota JHL tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan esok.

Menurutnya, usaha membawa anggota ke lokasi ketika ini berdepan kekangan berikutan masalah kekurangan bot.

“Maklumat mengenai keadaan bangkai tidak dapat dipastikan sehinggalah anggota sampai ke lokasi itu,” katanya.

Exit mobile version